Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Seram! Individu Meremang Lihat Kelibat Putih Muncul Di Katil

Baru-baru ini, tular di media sosial Indonesia apabila sebuah video memaparkan kelibat berwarna putih yang bergerak di hadapan katil pesakit di sebuah hospital.

seram! individu meremang lihat kelibat putih muncul di katil

Sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berjaya merakam kelibat tersebut dan dimuat naik di laman TikTok.

Advertisement

Malah, video berkenaan jelas menunjukkan kelibat putih muncul dari bahagian tepi katil pesakit sebelum bergerak ke hadapan katil.

Ia juga menakutkan apabila kelibat putih itu sekali lagi bergerak ke tepi katil sebelum hilang.

Pelbagai reaksi yang diterima daripada warganet setelah mereka melihat video kelibat tersebut.

“Sudah namanya hospital, tidak hairan (berlakunya situasi menyeramkan),” komen seorang warganet.

“Itu adalah pantulan cahaya matahari yang terhasil daripada tingkap hospital tersebut,” kata seorang warganet.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik