Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Seram Sejuk! Pemandu E-Hailing Terkejut Minta Hantar Jenazah

Seorang pemandu teksi e-hailing berkongsikan kisah seram dan cemas dialaminya, yang diminta menghantar jenazah ke satu lokasi.

seram sejuk! pemandu e-hailing terkejut minta hantar jenazah

Memetik laporan Kosmo Online, pemandu itu mendedahkan pelanggannya meminta agar jenazah tersebut diletakkan di tempat duduk hadapan, bersebelahan dengan pemandu.

Advertisement

Alasan yang diberikan adalah kerana ia kaku.

“Bayangkan pada pukul 12 tengah malam saya dapat pesanan seperti ini,” katanya di platform X.

Malah, dia juga kongsikan tangkapan skrin perbualan mesej bersama pelanggannya dan individu tersebut meminta pertolongan daripada pemandu itu untuk membawa jenazah.

Ketiadaan ambulans untuk menghantar jenazah itu di kawasannya telah menyebabkan dia memesan e-hailing.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi penghantaran jenazah tersebut dan keadaan selepas pemandu itu tiba di destinasi.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik