Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Seorang Guru Terselamat Di Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali Kembali Bertugas

Satu-satunya guru yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor kembali bertugas beberapa hari lalu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Jalan Ipoh.

seorang guru terselamat di tragedi tanah runtuh batang kali kembali bertugas

Kejadian menyayat hati itu mengorbankan enam daripada mereka yang bercuti dan beriadah di tempat tersebut.

Advertisement

Bagi menggantikan mangsa-mangsa yang meninggal dunia, enam guru baharu juga sudah mula berkhidmat.

Memetik laporan Kosmo Online, wakil guru meminta warga sekolah bertafakur selama seminit bagi mendoakan rakan-rakan mereka yang telah meninggalkan mereka.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, lebih 25 kaunselor dihantar ke SJKC Mun Choong bagi membantu memulihkan emosi warga sekolah yang terkesan dengan tragedi tersebut.

Malah, beliau juga  memaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) komited dengan membahagikan kepada empat kelas yang diajar oleh enam guru yang terkorban.

“Bantuan dan bimbingan kaunselor ini adalah bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan seperti biasa,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik