Foto: Tangkap layar TikTok
Seorang ayah di Sibolga, Sumatera Utara, menjadi tumpuan dan perhatian apabila tetap bertahan mencari anak perempuannya yang hilang selepas kejadian tanah longsor (tanah runtuh) yang meragut banyak nyawa.
Advertisement
Walaupun sudah masuk hari ketiga, dia tidak berhenti menyisir kawasan bencana, memeriksa timbunan tanah dan serpihan rumah yang musnah dengan harapan menemui anaknya, walau hanya satu petunjuk kecil.
Keadaan di lokasi bencana sangat mencabar susulan tanah yang masih lembik, runtuhan yang tidak stabil dan ancaman susulan membuatkan pencarian menjadi berbahaya dan terhad.
Dalam pada itu, petugas penyelamat beberapa kali menasihati lelaki itu supaya berehat kerana keletihan jelas terpancar pada wajahnya, namun dia tetap enggan berganjak. Baginya, selagi jasadnya mampu bergerak, pencarian tidak akan terhenti.
Setiap langkah yang diambilnya disertai doa yang tidak putus-putus. Ada kalanya dia berhenti hanya untuk menyeka air mata, kemudian kembali menggali dan menolak ketulan tanah dengan tangan kosong.
Kesedihan itu nyata, namun lebih besar daripada semuanya ialah kasih seorang ayah yang tidak sanggup meninggalkan anaknya dan akan sentiasa berjuang hingga ke akhirnya.
@mtodayid Di antara puing lumpur dan serpihan kayu yang masih menguasai Tapanuli Tengah, satu cerita terus menghantui pemulihan pascabencana. Seorang ayah tak henti menelusuri sisa banjir bandang Garoga demi menemukan putrinya yang hilang terseret arus. Sudah tiga hari ia berjalan tanpa lelah, menyusuri aliran sungai yang berubah menjadi jalur maut saat banjir menerjang akhir November 2025. Warga masih dibayangi trauma, sementara harapan keluarga ini menggantung di tengah kehancuran. Di balik hiruk-pikuk evakuasi, doa sederhana terus dipanjatkan: semoga sang ayah segera menemukan putrinya dan luka ini perlahan terobati. #BanjirTapteng #GarogaTapanuliTengah #KorbanBanjir2025 #PencarianWargaHilang #UpdateBencanaSumut ♬ News, news, seriousness, tension(1077866) - Lyrebirds music
Momen memilukan ini menjadi viral di media sosial apabila rakaman dirinya menangis sambil memanggil nama anaknya mula tersebar. Orang ramai tersentuh melihat ketabahan yang ditunjukkan, dan ribuan doa mengalir dari masyarakat yang mengikuti perkembangan tragedi ini.
Ramai berharap supaya pencarian itu membawa berita baik, atau sekurang-kurangnya memberikan jawapan kepada lelaki tersebut.
Sekadar info, bencana banjir dan tanah longsor di Sibolga mengakibatkan kerosakan besar. Ratusan rumah musnah dan ramai penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.
Pasukan penyelamat terus berusaha meneliti kawasan yang terjejas walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, manakala keluarga mangsa menunggu dengan penuh harapan dan kesedihan.
Sumber: TikTok