Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sempat Lihat Zayn Rayyan Sebelum Hilang, Polis Kesan Saksi Kanak-Kanak

Dua kanak-kanak berjaya dikesan pihak polis yang dilaporkan  mereka sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, petang 5 Disember lalu.

sempat lihat zayn rayyan sebelum hilang, polis kesan saksi kanak-kanak

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dua orang kanak-kanak yang merupakan saksi itu berjaya dikesan ketika ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di apartmen itu pada Ahad lalu.

Advertisement

“Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di blok R.

“Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 blok R pada petang 5 Disember lalu,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik