Wabak selesema burung kian tular dengan pantas di seluruh dunia apabila kes melibatkan beratus-ratus ekor singa laut di Amerika Selatan dan lebih 58 juta unggas ternakan mati.
Memetik laporan NBC News, jangkitan virus itu telah membunuh ribuan haiwan liar dan haiwan ternakan, mengganggu ekologi dan menjejaskan bekalan makanan.
Advertisement

Malah, kesihatan manusia dan kesihatan haiwan sangat berkait rapat dan peristiwa itu menjadi peringatan bahawa wabak yang menjangkiti haiwan mungkin memberi kesan ke atas manusia.
Gelombang selesema burung terbaharu menjejaskan lebih 17 spesies mamalia dan lebih 160 ekor unggas di Amerika Syarikat (AS).
Ia merupakan wabak H5N1 yang paling meluas sejak muncul di China pada 1996.
Virus H5N1 diawasi rapi oleh para saintis lebih-lebih lagi apabila kini ia mula merebak lebih jauh dan meluas.
“Ini adalah virus yang berpotensi mencetuskan pandemik paling utama yang dipantau orang ramai sejak sekian lama,” katanya.
Kanak-Kanak St. Jude, Tennessee, Richard Webby, yang juga merupakan Pengarah Pusat Kolaborasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Kajian Tentang Ekologi Influenza dalam Haiwan dan Burung.
Tambah ahli virologi di Fakulti Perubatan Universiti Emory, Profesor Madya Anice Lowen, penyelidik amat mengambil berat mengenai varian selesema H5N1 kerana kebanyakan manusia tidak pernah menanganinya sebelum ini.
“Kita tidak mempunyai tindak balas imun terhadap H5. Disebabkan itu, virus tersebut mempunyai potensi pandemik,” katanya.
Sumber: Kosmo Online