Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selamba Tayang Baki Akaun KWSP Di Media Sosial? Bahaya Menanti!

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) risau apabila ada sesetengah para pencarum mendedahkan atau berkongsi tangkap layar baki akaun simpanan mereka di platform media sosial.

selamba tayang baki akaun kwsp di media sosial? bahaya menanti!

Tindakan tersebut hanya akan mengundang padah selain pencarum terdedah kepada ancaman ‘scammer’.

Advertisement

Pihak KWSP mengingatkan kepada semua ahlinya untuk tidak sesekali berkongsi baki akaun KWSP mereka di media sosial.

Ianya akan mengundang padah kepada para pencarum tersebut yang terdedah dengan pelbagai kemungkinan.

“Hati-hati. Jangan kongsi baki akaun KWSP anda kepada umum, scammer sedang memerhati. Jangan jadi mangsa scammer,” pesan KWSP.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik