Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selamba Mandi Kolam Takungan, Bahaya Hanyut Air Deras

Orang ramai diingatkan agar sentiasa memastikan ahli keluarga khususnya kanak-kanak menjauhkan diri daripada kawasan-kawasan yang boleh menyebabkan mereka dihanyutkan air deras seperti longkang besar serta sungai.

selamba mandi kolam takungan, bahaya hanyut air deras

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, pihaknya memaklumkan tindakan membiarkan anak-anak bermain berhampiran sungai atau longkang besar boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku berikutan keadaan hujan yang berlaku sekarang ini.

Advertisement

Bagi mencegah sebelum sesuatu kejadian buruk berlaku, ibu bapa atau orang dewasa untuk sentiasa mengawasi anak-anak dan pantau aktiviti mereka ketika musim cuti sekolah ini.

“Kejadian di Kolam Takungan Taman Kluang Indah apabila terdapat dua kanak-kanak dilihat bermain di kawasan air terjun itu adalah sebagai sesuatu yang tidak patut berlaku dan perlu dielakan.

“Ini kerana jika berlaku limpahan air secara tiba-tiba boleh menyebabkan mereka dihanyutkan,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik