![[video] selamatkan saya dan adik. kami rela jadi hamba](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Feb/08/anak_1.jpeg)
Gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria mengorbankan lebih daripada 7,200 nyawa setakat ini. Angka korban dijangka meningkat Ketika usaha cari dan menyelamat dijalankan.
Advertisement
Ketika usaha mencari dan menyelamat dijalankan, pasukan penyelamat berjaya menemukan dua beradik di bawah runtuhan bangunan di kawasan Idlib dan Aleppo.
Melalui perkongsian Twitter Almosa Zuher, satu video memaparkan seorang kanak-kanak bersama adiknya yang cuba dilindungi.
This video broke my heart 💔
— Zuher Almosa (@AlmosaZuher) February 7, 2023
The little girl says to the rescuer when he reaches her: Get me out from under this wreckage,sir,me and my sister, and I will become your slave.#earthquakeinturkey #Syria #هزه_ارضيه #زلزال #İstanbul #earthquake #Turkey #PrayForTurkey pic.twitter.com/U9mMrZdROM
Video tersebut mengundang sebak sesiapa sahaja yang menontonnya kerana kata-kata yang keluar daripada mulut kanak-kanak itu.
Kanak-kanak tersebut merayu untuk dikeluarkan daripada runtuhan dan sanggup dijadikan hamba.
"Tolong bawa saya dan adik keluar dari runtuhan ini tuan. Saya rela untuk menjadi hamba anda," jelasnya dalam video berdurasi 17 saat itu.
Ungkapan tersebut mungkin keluar kerana mereka beranggapan kejadian runtuhan rumah tersebut disebabkan serangan dan bukannya gempa bumi.
Mereka kelihatan lemah dan tidak bertenaga. Kelihatan kanak-kanak berbaju biru itu cuba menenangkan adik perempuannya dengan mengusap kepala adiknya itu.
Sumber : Twitter Zuher Almosa / Awani