Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sekolah Nikmati Lima Hari Cuti Sempena Deepavali

sekolah nikmati lima hari cuti sempena deepavaliFoto sekadar hiasan

Warga sekolah di seluruh negara bakal menikmati cuti panjang selama lima hari sempena sambutan Deepavali tahun ini susulan pengumuman cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Advertisement

Deepavali atau Pesta Cahaya akan disambut pada Isnin, 20 Oktober 2025. Menurut Kalendar Akademik Sesi 2025/2026, cuti khas itu diberikan kepada semua sekolah di seluruh negara kecuali Sarawak bagi memberi peluang kepada murid dan guru meraikan perayaan bersama keluarga serta rakan terdekat.

Bagi sekolah Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, cuti tambahan ditetapkan pada 19 Oktober (Ahad) dan 21 Oktober (Selasa).

Sekolah di bawah Kumpulan B iaitu di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula akan bercuti pada 21 dan 22 Oktober (Selasa dan Rabu).

Sementara itu, sekolah di Sarawak diberikan cuti sehari pada 20 Oktober (Isnin).

Pengumuman KPM itu membolehkan warga sekolah menikmati cuti berterusan selama lima hari bermula Sabtu hingga Rabu, menjadikan sambutan Deepavali kali ini lebih bermakna.

Sumber: Bernama

SINAR Muzik Retro Terbaik