Sejarah tercipta apabila Norway, Ireland dan Sepanyol mengumumkan bahawa ia akan mengiktiraf negara Palestin.
Tindakan tersebut telah mendorong Israel untuk segera memanggil semua dutanya pulang.
Advertisement

Menurut pemimpin Ireland, Dublin akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara tetapi tidak menyatakan masanya.
Sementara itu, pemimpin Norway dan Sepanyol pula berkata, dua negara itu akan berbuat demikian mulai 28 Mei ini.
Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store membuat pengumuman tersebut di Oslo, manakala Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez di Madrid dan Perdana Menteri Ireland, Simon Harris di Dublin.
Setelah pengumuman tersebut, Menteri Luar Israel, Katz mengumumkan bahawa ia memanggil semula utusannya ke Ireland dan Norway untuk ‘rundingan segera’.
“Hari ini, saya menghantar mesej tegas kepada Ireland dan Norway bahawa Israel tidak akan meneruskan perkara ini secara senyap,” katanya.
Sumber: Kosmo Online