Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Satu Jam Punggung Tersekat Pada Kerusi

Lands-P-4.png

Seorang pelajar Tingkatan Dua yang sedang duduk di sebuah kerusi rosak terpaksa menahan 'kepenatan' selama satu jam apabila bahagian punggungnya tersekat pada kerusi tersebut tanpa alas, sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah pada Selasa.

Advertisement

Kejadian tersebut difahamkan berlaku sekitar jam 8 pagi, ketika remaja perempuan itu sedang bermain dengan rakannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.08 pagi dan seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh enam kilometer dari BBP Tawau.

"Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati bahagian punggung seorang pelajar tersekat pada kerusi yang tiada alas kusyen sejak satu jam lalu.

"Pasukan bomba kemudian bertindak memotong besi kerusi tersebut dengan menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan pelajar berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

 

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik