Skip to main content

Advertisement

Hiburan

RM100 Terus Masuk MyKad: SARA Untuk Semua Bermula 9 Februari!

rm100 terus masuk mykad: sara untuk semua bermula 9 februari!

Foto Hiasan

Advertisement

Khabar yang dinanti-nantikan rakyat akhirnya tiba. Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua yang menyediakan bantuan sekali beri sebanyak RM100 melalui MyKad kepada seluruh warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan mula disalurkan bermula Isnin, 9 Februari.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, memaklumkan bahawa semakan kelayakan boleh dibuat mulai hari ini menerusi portal rasmi sara.gov.my. Menurut beliau, kerajaan telah menyediakan peruntukan besar berjumlah RM2.2 bilion bagi memastikan inisiatif ini benar-benar sampai kepada semua lapisan masyarakat tanpa perlu melalui proses permohonan yang rumit.

rm100 terus masuk mykad: sara untuk semua bermula 9 februari!

“Tiada permohonan diperlukan. Bantuan akan dikreditkan secara automatik ke MyKad masing-masing dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2026,” jelasnya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bertujuan membantu rakyat menangani tekanan kos sara hidup melalui kaedah bantuan bersasar tanpa tunai. Melalui sistem MyKasih, penerima boleh menggunakan kredit tersebut untuk pembelian barangan keperluan di kedai-kedai rakan niaga yang berdaftar.

Kerajaan juga sedang meneliti cadangan untuk memasukkan barangan basah seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran sebagai kategori baharu di bawah SARA. Kajian lanjut sedang dijalankan bagi memastikan aspek kualiti, keselamatan makanan serta jaminan kepada pengguna benar-benar terpelihara sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

rm100 terus masuk mykad: sara untuk semua bermula 9 februari!

Usaha memperluas capaian program turut menunjukkan perkembangan memberangsangkan. Setakat 3 Februari, jumlah rakan niaga SARA telah melonjak kepada 10,700 kedai di seluruh negara, berbanding hanya 700 pada tahun 2024. Daripada jumlah itu, kira-kira 3,000 adalah peniaga kecil, sekali gus membantu merancakkan ekonomi setempat.

Menurut Amir Hamzah, sasaran tahun ini adalah untuk meningkatkan jumlah kedai runcit kepada 10,000 premis aktif, sekali gus mengurangkan jarak akses penerima daripada 10 kilometer kepada sekitar tujuh kilometer sahaja.

Langkah ini selari dengan hasrat Perdana Menteri untuk melebarkan jaringan perlindungan sosial agar tiada rakyat tercicir daripada menikmati manfaat kerajaan.

Keistimewaan utama program SARA ialah prosesnya yang mudah dan mesra rakyat. Tanpa boring dan tanpa permohonan bantuan terus masuk ke MyKad dan boleh digunakan segera di kedai terpilih. Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah mengurangkan birokrasi yang sering menjadi kekangan sebelum ini.

 

SINAR Muzik Retro Terbaik