Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sanggup Membunuh? Serang Balai Polis Ulu Tiram, Suspek Mahu Rampas Senjata Api

Polis telah memaklumkan motif serangan seorang lelaki yang menembak mati dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi anggota di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat dipercayai untuk merampas senjata api.

sanggup membunuh? serang balai polis ulu tiram, suspek mahu rampas senjata api

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pihaknya menegaskan suspek yang berusia 21 tahun itu disyaki anggota Jemaah Islamiyah (JI) dan sudah membuat perancangan awal sebelum serangan.

Advertisement

“Daripada siasatan kita dapati bahawa suspek telah bawa beg mengandungi 'shield' (perisai), kain dan ‘paper’ untuk bertempur dengan polis. Kita lihat mungkin dia datang untuk dapat senjata api, ada agenda yang kita tak tahu lagi buat masa ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

“Saya telah minta cawangan khas dapatkan semua anggota JI di Johor utk kenal pasti dan siasat,” katanya.

Kejadian berlaku pada jam 2.30 pagi semasa dua penuntut institut pengajian tinggi (IPT) iaitu seorang lelaki dan wanita berusia 22 dan 21 tahun datang ke balai untuk membuat aduan dicabul dua tahun lalu.

Lebih mengejutkan, suspek datang ke balai tersebut dengan menunggang motosikal dengan membawa sebilah parang sebelum meletakkan motosikalnya di bahagian belakang.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik