Beberapa individu bertindak mahu membeli sehelai bulu burung Huia yang pupus pada harga AS$28,417 (RM133,989), menjadikannya bulu paling mahal di dunia.

Memetik laporan agensi berita United Press International, Rumah Lelongan Webb di New Zealand berkata, bulu itu dijual melebihi harga anggaran berjumlah AS$1,800 (RM8,487).
Advertisement
Malah, jualan tersebut mengatasi rekod sebelumnya iaitu sehelai bulu yang dijual pada harga AS$5,150 (RM24,301.56) dalam tahun 2010.
Untuk pengetahuan, burung huia dianggap suci oleh orang Māori dan bulunya digunakan sebagai perhiasan kepala.
Tambahan lagi, spesies itu kali terakhir dilihat adalah pada 1907, namun beberapa penampakan yang tidak dapat disahkan kesahihannya, dilaporkan dalam tempoh 30 tahun berikutnya.
“Kami sangat berbesar hati kerana bulu unik ini telah mendapat bidaan yang sangat tinggi,” katanya.
Sumber: Kosmo Online