Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sampai Bila? Lebih 31,645 Rakyat Palestin Dibunuh, 73,676 Orang Menderita Cedera

Menyayat hati apabila mengetahui angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu telah mencecah 31,645 orang, manakala 73,676 yang lain mengalami kecederaan.

sampai bila? lebih 31,645 rakyat palestin dibunuh, 73,676 orang menderita cedera

Menurut statistik oleh Kementerian Kesihatan di Gaza, pihaknya melaporkan statistik mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan tentera penceroboh itu terus meningkat setiap hari.

Advertisement

Malah, serangan yang melanda telah memasuki hari ke-164 dan tiada jalan penyelesaian setakat ini.

Kejam! Lebih sembilan operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza telah dilancarkan tentera Israel hingga mengakibatkan 92 syahid manakala 130 lagi cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalan raya.

“Namun begitu, rejim Zionis menghalang ambulans dan anggota pertahanan awam daripada sampai kepada mangsa,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik