Foto: Tangkap layar TikTok
Pelakon serba boleh, Salih Yaacob, kini dilaporkan menerima rawatan di hospital dan keadaannya menunjukkan perkembangan positif.
Advertisement
Dalam satu perkongsian yang menyentuh hati, anaknya, Effa Soleha, memuat naik video sambutan hari lahir bapanya di hospital. Di situ, Salih dilihat berehat di katil hospital, manakala Effa mengucapkan:
“Alhamdulillah, happy birthday papa. Keadaan papa dah lebih baik dari semalam. Doakan abang Salih kita cepat sihat.”
@effasoleha0 Alhamdulillah happy birthday papa 🥰 papa dah better dah dari smlm … doa kan abg salleh kita cpt sihat 🤲🏻 untuk yg suka comment negative jgn comment 🫶🏻 #trending #happyfamily #happybirthday #getwellsoon ♬ JAMILAH BY JIVA VIVA LAB - — JIWA Fz —
Sebagai kejutan, Effa bersama seorang adiknya menghadiahkan Salih wang tunai dan telefon bimbit baharu sebagai tanda kasih sayang dan sokongan di hari istimewa itu.
Sambutan itu menarik perhatian ramai warganet yang meninggalkan komen mendoakan agar Salih cepat sembuh, kembali sihat, dan dipermudahkan segala urusan beliau. Keprihatinan keluarga dan doa daripada peminat jelas memberikan semangat baru kepada pelakon itu di saat beliau memerlukan.
Sumber: TikTok