Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Salah Terjemah Berkaitan Pertabalan Agong, Meta Tampil Mohon Maaf

META memohon maaf atas kesilapan terjemahan automatik menerusi satu entri di Facebook berkaitan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara yang tular semalam.

salah terjemah berkaitan pertabalan agong, meta tampil mohon maaf

Menurut kenyataan Pengarah Dasar Awam META Asia Tenggara, Rafael Frankel, pihaknya mengambil maklum mengenai kesilapan terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.

Advertisement

Akuinya, terjemahan itu menjejaskan catatan di Facebook RTM berkaitan istiadat pertabalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan hari keputeraan Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

“Kami sudah menyelesaikan kesilapan teknikal ini.

“Kami amat menghormati Kerabat Diraja Malaysia dan dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada RTM, Majlis Diraja Johor dan lain-lain yang terkesan dengan acara ini,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik