Skip to main content

Advertisement

Hiburan

"Nak Pergi Ambil Batu…” - Tablet 3,200 Tahun Dedah ‘Alasan MC’ Orang Purba Zaman Dulu

”nak pergi ambil batu…” - tablet 3,200 tahun dedah ‘alasan mc’ orang purba zaman duluFoto: My Modern Mat

Zaman sekarang, kalau tak masuk kerja mesti ada alasan. Biasanya sakit, kemalangan, jalan jem atau keluarga meninggal.

Advertisement

Tapi pernah terfikir tak macam mana orang Mesir Purba ‘ponteng’ kerja 3,200 tahun dulu?

Jawapannya ada dalam sebuah artifak pelik yang disimpan di British Museum.

Rekod Kehadiran Zaman Firaun

Artifak ni dipanggil ‘ostracon’ iaitu sejenis kepingan batu kapur untuk tulis nota. Tablet ni dari tahun 1250 SM, masa Firaun Ramses II memerintah.

Ia merekod kehadiran pekerja untuk 280 hari setahun, lengkap dengan dakwat hitam dan merah. Dakwat merah? Khusus untuk tulis alasan MC!

40 nama pekerja, tarikh, hari dan sebab tak datang kerja semuanya dicatat dengan rapi. Zaman dulu memang dah ada spreadsheet tapi versi batu!

Alasan MC Yang Masih Sama Macam Sekarang

Tak semua alasan pelik. Ada yang MC sebab sakit, uruskan keluarga atau dipatuk kala jengking.

Ada juga yang cuti untuk uruskan pembalseman ahli keluarga. Jadi, nampaknya alasan MC zaman dulu pun ada yang serius, tanggungjawab budaya memang penting.

Alasan MC Paling Lawak dan Rare

Bila difikirkan, ada juga alasan yang pelik-pelik orang zaman dulu MC. Ada yang MC sebab nak ‘membancuh bir’.

Ingat bir je? Di Mesir Purba, bir penting untuk tenaga, pemakanan dan agama. Jadi, kalau tak datang kerja pun sebab nak buat bir dianggap wajib dan dibokehkan!

Selain itu, ada alasan pelik lain sepertu ‘ambil batu’, ‘bantu jurutulis’ atau buat kerja lain yang bukan kerja utama.

Yang paling rare? Ada yang tulis sebab ‘isteri atau anak perempuan mengalami pendarahan’. Ya, haid!

Jadi nampaknya, orang purba pun pandai MC macam kita. Cuma beza dia, alasan mereka kadang-kadang lebih epic dan boleh buat kita gelak bila baca.

Sumber: My Modern Met

SINAR Muzik Retro Terbaik