Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Uqasha Nafi Rumah Tangga Sedang Goyah - “Kalau Betul Ada Berilah Bukti"

Pelakon, Uqasha Senrose enggan memikirkan gosip yang mendakwa bahawa rumah tangganya dengan Kamal Adli kini sedang dilanda masalah.

Memetik laporan Harian Metro, Nik Zaris Uqasha Nik Sen atau mesra disapa Uqasha itu bagaimanapun menjelaskan bahawa, dia juga tidak risau apabila berita tidak benar terus diperkatakan.

Advertisement

uqasha nafi rumah tangga sedang goyah - “kalau betul ada berilah bukti

"Saya tak rasa apa-apa pun. Apa yang diperkatakan adalah perkara tidak berasas. Selagi benda belum jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Saya pun tak fikir nak ambil tindakan terhadap orang yang bercakap. Mulut orang kita tak boleh nak tutup," katanya.

Uqasha menegaskan hubungannya dan suami, Kamal masih dalam keadaan baik sekali gus menolak dakwaan kononnya mereka hadir ke mahkamah syariah baru-baru ini kerana hubungan mereka sedang goyah.

"Kalau saya ke mahkamah mestilah ada nama saya di sana. Kalau betul ada berilah bukti. Mahkamah mana?

"Saya nafikan dakwaan itu sepenuhnya. Selagi boleh, kami mahu jaga sebaik-baiknya rumah tangga ini," katanya ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur.

uqasha nafi rumah tangga sedang goyah - “kalau betul ada berilah bukti

Dalam pada itu, Uqasha memberitahu bahawa tiada keperluan untuk dia berkongsi kemesraan dengan suaminya kepada khalayak di media sosial.

Menurutnya, dalam rumah tangga tidak semua indah belaka, dirinya tidak boleh lakukan apa-apa yang tidak perlu semata-mata hanya untuk puaskan hati semua orang.

Untuk rekod, pasangan suami isteri itu mula melangsungkan perkahwinan pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.

Sumber: Harian Metro

 

SINAR Muzik Retro Terbaik