Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rumah Musnah Dibom, Kanak-Kanak Tak Sedar Hilang Penglihatan

Menyayat hati apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan warga Palestin yang sedang dirawat paramedik tidak menyedari sebenarnya dia telah hilang penglihatan.

rumah musnah dibom, kanak-kanak tak sedar hilang penglihatan

Ia terjadi akibat menjadi mangsa serangan pengeboman rejim Zionis Israel yang turut melibatkan rumahnya.

Advertisement

Malah, video kanak-kanak tersebut jelas menunjukkan wajahnya dibasahi sedikit darah dan sedang menutup mata ketika sedang berbual dengan seorang lelaki.

“Jangan bimbang, mereka (pasukan perubatan) hanya nak lap muka kamu sahaja. Saya ada di sebelah kamu wahai si manis hati. Mereka nak lap muka kamu sahaja sebab sangat berhabuk,” kata lelaki tersebut dalam perbualan itu.

Tambahnya, kanak-kanak perempuan tersebut meluahkan rasa kecewa rumahnya telah dibom dan dia turut berasa marah dengan rejim Zionis Israel.

Namun, lelaki tersebut tetap kuat dan memujuk kanak-kanak perempuan itu supaya berasa selesa dan tidak terlalu cemas dengan situasi yang berlaku.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik