Menyayat hati apabila seorang wanita lumpuh rentung dalam kebakaran membabitkan 12 rumah dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, di Kalansanan, Inanam malam tadi.

Mangsa, Idam Hamid yang berusia lingkungan 50 tahun itu ditemui rentung oleh pihak keselamatan ketika mengawal kebakaran.
Advertisement
Menurut Ketua Zon Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba, Misran Bisara, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.10 malam.
“Seramai 31 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian. Kebakaran itu menyebabkan 12 rumah yang dihuni 14 keluarga musnah sepenuhnya.
Sumber: Kosmo Online