Baru-baru ini, tular pelbagai video memaparkan kerenah anak-anak kecil di masjid dan surau ketika ibu bapa menunaikan solat sunat tarawih.
Malah, ada yang menarik kerusi jemaah, ada yang memukul kepala jemaah lain dan ia menimbulkan perasaan tidak selesa bagi para jemaah lain.
Advertisement

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyediakan pelbagai kemudahan mesra kanak-kanak termasuklah khidmat jagaan sementara atau ‘kids corner’ di 10 masjid di Kuala Lumpur, sepanjang bulan Ramadan ini.
@surgaroute Ibu bapa yang nak terawih tapi risau anak-anak ganggu jemaah lain boleh ke Masjid Wilayah Persekutuan. Sangat mesra kanak-kanak. Ada lagi masjid macamni? Boleh kongsikan !
♬ original sound - Surgaroute Halal Travel
Menariknya, kemudahan lain yang turut disediakan adalah ruang solat kanak-kanak, sudut edutainment atau Tarbiyatul Aulad dan ruang santai keluarga.
Malah, pihak Jawi juga memaklumkan institusi masjid dan surau seharusnya menjadi tempat yang mesra dan selesa kepada kanak-kanak agar jiwa sentiasa dekat dengan pusat ibadah tersebut.
“Pada masa sama, ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil juga dapat berpeluang menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid tanpa rasa bimbang terhadap keselamatan anak-anak dan gangguan kepada jemaah yang lain,” katanya.
Kemudahan kanak-kanak itu disediakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid At Taqwa Taman Tun Dr. Ismail, dan Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak.
Kemudahan yang sama juga boleh didapati di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju, Masjid Al-Imam Al-Ghazali Menjalara Kepong dan Masjid Al-Zakirin Taman Wilayah Selayang.
Sumber: Kosmo Online / JAWI