Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tiada Lagi Sembang Dengan Orang Asing! Roblox Wajibkan Imbasan Muka Untuk Chat

tiada lagi sembang dengan orang asing! roblox wajibkan imbasan muka untuk chat

Foto Hiasan

Advertisement

Platform permainan popular Roblox akhirnya mengambil langkah tegas untuk melindungi kanak-kanak selepas beberapa kontroversi keselamatan melibatkan pengguna bawah umur. Mulai bulan depan, kanak-kanak tidak lagi dibenarkan berbual dengan orang dewasa yang tidak dikenali, satu perubahan besar dalam sistem komunikasi platform itu.

Langkah ini hadir selepas pelbagai laporan menyatakan kanak-kanak seawal umur tujuh tahun telah di ‘grooming’ oleh individu dewasa dalam permainan tersebut, memaksa tindakan undang-undang di Amerika Syarikat terhadap Roblox atas dakwaan kecuaian melindungi pengguna minor.

Antara perubahan paling ketara ialah pengenalan sistem pengesahan umur menggunakan wajah (facial age verification) sebelum pemain boleh mengakses fungsi chat.

Sistem ini akan dilancarkan terlebih dahulu di Australia, New Zealand dan Belanda bulan depan, kemudian dilanjutkan ke seluruh dunia pada Januari nanti. Ia juga akan melakukan pengklasifikasi pengguna ke dalam enam kumpulan umur.

  • Bawah 9 tahun
  • 9–12 tahun
  • 13–15 tahun
  • 16–17 tahun
  • 18–20 tahun
  • 21 tahun ke atas

Selepas usia disahkan, pemain hanya boleh berbual dengan rakan sebaya dalam kelompok umur mereka atau satu kategori bersebelahan. Ini bermaksud seorang kanak-kanak 10 tahun, misalnya, hanya boleh berinteraksi dengan pemain 9–12 tahun sahaja.

tiada lagi sembang dengan orang asing! roblox wajibkan imbasan muka untuk chat

Foto Hiasan

Pengguna yang memilih untuk tidak melakukan verifikasi wajah masih boleh bermain Roblox, namun mereka kehilangan akses kepada ciri chat, yang menjadi fungsi utama dalam kebanyakan permainan Roblox.

Langkah ini dijangka mengurangkan risiko interaksi tidak selamat antara pemain dewasa dan kanak-kanak.

Roblox kini berada di bawah perhatian banyak negara, termasuk Malaysia.

Selepas platform itu dikaitkan dengan kes tikaman di Johor, pihak berkuasa Malaysia memaklumkan bahawa mereka sedang mengkaji lebih mendalam kandungan dan ciri keselamatan Roblox.

Roblox pula menyatakan kesediaan mereka untuk berkerjasama dan berkongsi data dengan pihak berkuasa Malaysia, menunjukkan komitmen mereka untuk memperketat perlindungan pengguna.

Perubahan besar oleh Roblox ini mencerminkan hakikat bahawa dunia digital hari ini memerlukan kawalan keselamatan yang lebih agresif. Platform dengan jutaan kanak-kanak tidak boleh beroperasi tanpa sistem perlindungan kukuh.

Sumber: Roblox Official Website

 

SINAR Muzik Retro Terbaik