Foto: Tangkap layar video Threads
Seorang penghantar makanan menarik perhatian ramai selepas kelihatan membawa bayinya ketika menjalankan kerja penghantaran.
Advertisement
Dalam video yang dikongsi di Threads oleh @scha.sham, lelaki itu dilihat melakukan penghantaran pada awal pagi sambil bayinya berada dalam ‘baby carrier’ di depan badannya.
Dalam kapsyen video, @scha.sham menulis,
“Weh abang ni buat kerja bawa bayi ke? Pagi-pagi dah banjir tengok kaki comel tu. Semoga Allah mudahkan segala urusan abang dan dimurahkan rezeki.”
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang bersimpati dan mendoakan agar urusan lelaki tersebut dipermudahkan. Amin, seorang jiran lama, berkongsi,
“Ni jiran lama saya dan masih berhubung sampai sekarang. Dia memang akan bawa anak untuk sementara waktu ni atas faktor kewangan. Isteri pun bekerja syif, jadi dia saja yang tiada halangan untuk bawa anak.”
Kak Mira pula menyatakan,
“Kesiannya. Sekarang kos pengasuh atau taska pun tidak murah. Melainkan ada jiran-jiran yang sudi bantu jaga bayi dengan upah murah sebab nak tolong.”
Irdina turut menyentuh tentang kesukaran pekerjaan itu, menulis,
“Sayunya hati tengok. Sedih, rider kerja bawa carrier’ pun kadang-kadang sakit badan sakit pinggang. Apatah lagi sambil hantar makanan, panas lagi, belum cerita kalau hujan ke apa ke. Semoga dipermudah urusan abang ni.”
Sumber: Threads