Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hello Putrajaya Bukti Home of Live Astro Semakin Jadi Kegemaran

hello putrajaya bukti home of live astro semakin jadi kegemaran

Inisiatif hiburan langsung Astro menerusi kempen Home of Live terus mencuri tumpuan apabila acara Hello Putrajaya mencatat kejayaan luar biasa dengan kehadiran ribuan peminat di IOI City Mall Putrajaya, Sabtu lalu. Acara ini bukan sekadar hiburan, malah menjadi bukti komitmen Astro dalam menghidupkan pengalaman hiburan di luar skrin serta merapatkan hubungan antara peminat dan bakat tempatan melalui interaksi secara langsung dan persembahan penuh bertenaga.

Advertisement

Lebih membanggakan, Hello Putrajaya mencipta impak kukuh melalui sudut digital dan fizikal apabila meraih 2.43 juta tontonan di TikTok, melepasi sasaran awal sebanyak 2 juta tontonan. Kehadiran fizikal turut mencatat pencapaian memberangsangkan dengan lebih 4,000 pengunjung, iaitu dua kali ganda daripada sasaran asal, sekali gus membuktikan daya tarikan kuat acara ini dalam kalangan masyarakat.

Sebagai platform unik, Hello Putrajaya menghimpunkan peminat bersama selebriti kegemaran daripada rancangan popular Astro seperti Gegar Vaganza 12, Astro Star Quest, Aattam dan pelbagai lagi. Melalui persembahan langsung, sesi temu mesra serta aktiviti komuniti, acara ini berjaya memperkukuh kedudukan Astro sebagai peneraju hiburan negara yang sentiasa dekat di hati rakyat.

hello putrajaya bukti home of live astro semakin jadi kegemaran

Menurut Ezura Shazween Kamal Bahrin, Penolong Kanan Naib Presiden, Pemasaran Kandungan Astro,

“Hello Putrajaya adalah sebahagian daripada perjalanan kami menuju Konsert Countdown KITA 2026. Tahun ini, kami mahu membawa lebih banyak pengalaman langsung yang autentik dan bermakna kepada rakyat. Home of Live ialah janji Astro untuk menghubungkan peminat dengan bakat tempatan, sekali gus membina hubungan emosional yang lebih kukuh antara komuniti dan jenama Astro.”

Sepanjang acara berlangsung, pengunjung dihiburkan dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk persembahan muzik secara langsung, sesi temu ramah artis, perkongsian kandungan belakang tabir serta peluang berinteraksi bersama bakat muda yang semakin meningkat naik. Kejayaan Hello Putrajaya jelas membuktikan peranan Astro dalam membentuk komuniti fandom yang aktif, inklusif dan penuh semangat, sekali gus menyatukan rakyat Malaysia melalui kuasa hiburan.

Orang ramai boleh terus menikmati pelbagai program, persembahan dan kandungan eksklusif Astro secara langsung atau pada bila-bila masa menerusi Astro, Astro GO dan sooka. Astro kekal komited dalam menyediakan akses hiburan terbaik untuk semua, di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

SINAR Muzik Retro Terbaik