Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Tahan Dibuli, Remaja Lari Dari Sekolah Asrama Penuh

Baru-baru ini, seorang remaja Muhammad Danial Akmal Zulkhairi, 14 dilaporkan hilang pada Rabu minggu lalu dari sebuah sekolah berasrama penuh mendakwa melarikan diri kerana dibuli.

tak tahan dibuli, remaja lari dari sekolah asrama penuh

Setakat ini, pihak polis akan merakam keterangan pelajar terbabit yang mendakwa telah melarikan diri akibat tidak tahan dibuli.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, pihaknya akan melakukan tindakan tersebut selepas remaja itu selesai menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Selepas sahaja dia (pelajar) keluar daripada hospital, barulah kita akan rakam percakapan dan putuskan sama ada wujud unsur buli.

“Kita perlu rakam keterangan dahulu, baru putuskan tindakan yang seterusnya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik