Skip to main content

Advertisement

Hiburan

55,458 Kahwin Warga Asing, China & Vietnam Paling Ramai Jadi Pilihan Rakyat Malaysia!

55,458 kahwin warga asing, china & vietnam paling ramai jadi pilihan rakyat malaysia!

Foto Hiasan

Advertisement

Isu perkahwinan campur antara rakyat Malaysia dan warga asing kembali menjadi perhatian apabila data rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan sebanyak 55,458 rakyat Malaysia bukan Islam telah berkahwin dengan warga asing sepanjang tempoh 2019 hingga 2025.

Angka tersebut bukan kecil dan lebih menarik, lima negara ini mencatatkan jumlah pasangan tertinggi!

 China Catat Rekod Tertinggi

Mendahului senarai ialah China dengan jumlah keseluruhan 9,195 perkahwinan.

Daripada angka itu:

  • 3,030 melibatkan lelaki
  • 6,165 melibatkan wanita

China jelas menjadi antara negara pilihan utama dalam statistik perkahwinan campur ini.

Vietnam Kedua Tertinggi

Di tempat kedua ialah Vietnam dengan 8,620 perkahwinan dan menurut data, kesemuanya melibatkan wanita.

Singapura Di Tangga Ketiga

Tidak mengejutkan, negara jiran Singapura turut mencatat angka tinggi iaitu 8,802 perkahwinan.

Daripada jumlah itu:

  • 5,910 lelaki
  • 2,892 wanita

Thailand & Indonesia Lengkapkan Senarai

Tempat keempat dan kelima pula masing-masing:

  • Thailand – 5,186 (semuanya wanita)
  • Indonesia – 4,263 (semuanya wanita)

Statistik ini menunjukkan trend menarik apabila beberapa negara mencatatkan majoriti pasangan wanita dalam perkahwinan yang direkodka

Perkahwinan campur bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ia tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada.

Di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, kawalan dibuat terhadap kemasukan, keberadaan dan aktiviti warga asing di Malaysia.

Selain itu, di bawah Peraturan 11, pasangan warga asing kepada warganegara Malaysia layak memohon Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) kategori pasangan warganegara.

Pas ini membolehkan mereka menetap secara sah di Malaysia bagi tujuan penyatuan keluarga namun tetap tertakluk kepada syarat, tempoh dan kuasa budi bicara Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Dalam era globalisasi, perkahwinan rentas negara bukan lagi sesuatu yang janggal. Interaksi melalui pendidikan, pekerjaan, perniagaan dan media sosial membuka lebih banyak ruang perkenalan.

55,458 kahwin warga asing, china & vietnam paling ramai jadi pilihan rakyat malaysia!

Walau apapun latar belakang pasangan, yang paling utama ialah pematuhan undang-undang serta pengurusan dokumentasi yang sah.

Data ini sekaligus mencerminkan dinamika sosial Malaysia yang semakin terbuka dan berwarna-warni dalam membina institusi keluarga.

Sumber: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution

SINAR Muzik Retro Terbaik