Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rebutkan Harta Membawa Tragedi, Kakak Ipar Meninggal Dunia, Kakak Cedera Parah

rebutkan harta membawa tragedi, kakak ipar meninggal dunia, kakak cedera parahFoto: Harian Metro

Hanya kerana rebutkan harta, bekas pegawai dari Balai Polis Samrae tergamak menembak mati kakak iparnya malah mencederakan kakaknya sendiri.

Advertisement

Laporan dari Portal The Thaiger menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 23 Mac sekitar jam 1.04 petang di Bang Mod, daerah Chom Thong, berhampiran Bangkok.

Timbalan Inspektor dari Balai Polis Tha Kham, Leftenan Polis Thanathat Ratsameepupa, menerima maklumat kecemasan dan segera bergegas ke lokasi bersama pasukannya.

Setibanya di rumah bertingkat dua, pihak polis menemui seorang lelaki berusia 69 tahun, Sonchai, yang merupakan bekas pegawai polis dan merupakan suspek utama.

Sonchai dilaporkan membawa senjata api jenis revolver kaliber 38 dengan lima butir peluru.

Menurut penyiasatan, suspek didakwa menyebabkan kematian kakak iparnya, Sirinat, yang mengalami kecederaan serius pada kepala.

Manakala, kakaknya iaitu Sieamnai, yang berusia 75 tahun, pula mengalami kecederaan serius pada mata kanan dan segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sonchai mengakui bahawa tindakan tersebut dilakukan kerana berasa marah selepas berlaku pertengkaran mengenai pembahagian harta keluarga.

Beliau menjelaskan bahawa masalah bermula apabila kakaknya yang sudah bersara daripada perkhidmatan polis meminta untuk tinggal bersamanya. Namun, hubungan mereka tidak berjalan dengan baik dan sering berlaku perselisihan.

Sonchai turut memberitahu bahawa walaupun kakaknya yang membayar rumah tersebut, beliau tidak memberi sumbangan dalam pembayaran ansuran rumah, tetapi sesekali membantu membayar bil utiliti.

Setelah itu, kakaknya memohon agar mahkamah mengambil alih hak milik rumah tersebut, dan mahkamah akhirnya memutuskan bahawa rumah itu diserahkan kepada adiknya.

Kakaknya kemudian meminta agar Sonchai keluar dari rumah tersebut dan hanya menawarkan sedikit wang kepadanya. Sonchai bersetuju, tetapi meminta masa sebulan untuk berpindah.

Selepas insiden ini, pihak polis telah menahan Sonchai dan akan membawa beliau ke muka pengadilan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa, seperti yang dilaporkan oleh KhaoSo.

Sumber: Harian Metro

 

SINAR Muzik Retro Terbaik