Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ratusan Jemaah Teruja Hujan Turun Di Kaabah Selepas Subuh

Hujan turun membasahi bumi mekah selepas solat subuh pagi Isnin lalu membuatkan ratusan ribu jemaah di Masjidilharam bergembira dan teruja.

ratusan jemaah teruja hujan turun di kaabah selepas subuh

Difahamkan, kali terakhir hujan lebat turun di Tanah Suci ialah pada Februari lalu. 

Advertisement

Ketika ini, cuaca panas sedang melanda kota suci Mekah hingga mencecah 40 darjah Celsius.

Bunyi guruh mula kedengaran berdentum pada awal pagi sebelum azan subuh berkumandang pada pukul 4.12 pagi waktu tempatan.

Malah, beberapa jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah berkongsi saat indah berkenaan.

Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing.

Seorang jemaah, Mohd. Anuar Othman, 51, berkata, hujan mula turun renyai-renyai sebelum subuh sekitar pukul 3.20 pagi sebelum lebat selepas subuh.

“Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke hotel. Hujan itu sejuk dan ia sangat mendamaikan,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik