Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rangka Manusia Lengkap Ditemui Penyelidik Di Gua Keledung Kecil

Sebahagian Lembah Nenggiri yang kaya dengan khazanah warisan purba serta tapak arkeologi dijangka tenggelam sepenuhnya dalam masa lima tahun sahaja lagi.

Malah, ia juga akan menyukarkan kerja ekskavasi untuk dijalankan pada masa akan datang.

Advertisement

rangka manusia lengkap ditemui penyelidik di gua keledung kecil

Namun, usaha sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak September 2022 berjaya menemui dan menyelamatkan pelbagai jenis artifak prasejarah.

Penemuan yang terbaru termasuk penemuan rangka manusia lengkap di Gua Keledung Kecil yang sekali gus menyelamatkan khazanah terpenting sejarah tamadun dan kebudayaan manusia.

rangka manusia lengkap ditemui penyelidik di gua keledung kecil

Ini kerana, rangka manusia yang ditemui dalam kedudukan melipat sepenuhnya dan menghadap ke arah barat daya, dipercayai mendiami lembah tersebut sejak 14,000 tahun lalu iaitu lebih tua daripada Perak Man yang sebelum ini dianggarkan wujud sejak 10,000 hingga 11,000 tahun dahulu.

Sumber: Bernama / Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik