Lebih 1,301 jemaah meninggal dunia semasa mengerjakan ibadah haji tahun ini ketika cuaca panas ekstrem melanda Arab Saudi.

Menurut Kerajaan Arab Saudi, pihaknya memaklumkan lebih tiga perempat daripada keseluruhan angka korban itu terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai permit haji dan berjalan kaki pada jarak jauh tanpa mempunyai perlindungan mencukupi ketika cuaca panas.
Advertisement
“Sebahagian mereka terdiri daripada warga emas atau jemaah haji yang menghidap sakit kronik,” katanya.
Menteri Kesihatan Arab Saudi, Fahd Al-Jalajel memaklumkan pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya gelombang haba dan cara menanganinya.
“Kemudahan kesihatan telah merawat hampir setengah juta jemaah, termasuk lebih 140,000 yang tidak mempunyai permit haji.
“Ada antara mereka masih di hospital kerana keletihan akibat gelombang haba,” katanya.
Sumber: Kosmo Online