Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ramai Tercengang, Pengantin Terima Mas Kahwin Berjumlah 1 Bilion

Baru-baru ini, tular sebuah majlis perkahwinan di Sukabumi, wilayah Jawa Barat apabila mengetahui pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa rumah berharga 1.5 bilion rupiah (RM459,076) dan dua buah kereta.

ramai tercengang, pengantin terima mas kahwin berjumlah 1 bilion

Memetik laporan Detik, pengantin lelaki menyerahkan dua buah kereta berjenama popular dan miniatur rumah sebagai simbolik rumah sebenar selain pelbagai hantaran lain.

Advertisement

Menurut perkongsian video di laman TikTok Agus, dia berkata pasangan pengantin tersebut bernama Radja Panutan dan Adinda Galuh Nurutami.

Pengantin lelaki merupakan seorang  ahli perniagaan, manakala pengantin perempuan ialah bekas peserta Mojang Jajaka Kota Sukabumi  2019 (pertandingan duta pelancongan dan kebudayaan).

“Pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebuah rumah berharga 1.5 bilion rupiah dan dua buah kereta,” jelasnya. 

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik