Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kuala Lumpur Kota Paling Ramai Terima Pelancong 2023, Berjaya Atasi Bandar Lain

Ibu kota Malaysia, Kuala lumpur sinonim dengan sebuah bandaraya yang megah di mata dunia dengan suasana, bangunan, kebudayaan, makanan dan banyak lagi.

kuala lumpur kota paling ramai terima pelancong 2023, berjaya atasi bandar lain

Menurut portal Travelness dan kajian Mastercard, Kuala Lumpur merupakan kota keenam tertinggi bilangan pelancong di dunia pada tahun 2023 setakat ini dengan 13.79 juta mengatasi New York (ketujuh), Istanbul (kelapan), Tokyo (kesembilan), Antalya (ke-10) dan Seoul (ke-11).

Advertisement

Malah, keadaan cuaca pada pagi yang kadang-kala mendung dan berangin mempengaruhi kemasukan pelancong untuk datang.

Memetik laporan Kosmo Online, seorang wanita berambut perang menikmati pemandangan mercu tanda Kuala Lumpur dengan nyaman. 

Wanita bernama Angela de Graaf, 56, itu dilihat seronok merakam setiap sudut pemandangan ibu kota menerusi kamera digital kecil yang sentiasa berada pada tangannya. 

Tambahnya, dia juga seronok dan melancong bersama suaminya, Jan de Graaf dan mereka kagum dengan keindahan ibu kota Kuala Lumpur. 

Pasangan tersebut menggunakan perkhidmatan bas pelancongan dan pengangkutan awam bagi memudahkan pergerakan mereka untuk berjalan-jalan merentasi ibu kota Kuala Lumpur.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik