Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rakyat Terseksa Hospital Kanak-Kanak Di Gaza Tidak Berfungsi

Baru-baru ini, fasiliti kesihatan Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi di Gaza kini tidak lagi berfungsi.

Menurut Pengarah Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi di Gaza, pihaknya juga memaklumkan hospital itu telah dikosongkan.

Advertisement

rakyat terseksa hospital kanak-kanak di gaza tidak berfungsi

Tindakan itu dilakukan akibat tentera Israel mengepung dan menyerang kawasan itu dengan menyekat bekalan elektrik, air dan oksigen untuk kegunaan hospital.

Rejim zionis Israel juga memaksa kakitangan perubatan, pesakit dan berpuluh-puluh keluarga pelarian yang tinggal di hospital itu berpindah. 

“Proses pemindahan yang berlaku tengah hari Jumaat (10 November) terpaksa dilakukan.

"Hospital telah dikepung oleh kereta kebal dan air, bekalan elektrik dan oksigen terputus dan hospital menjadi sasaran, jadi kami terpaksa mengosongkan hospital," katanya.

Lebih menyedihkan apabila beberapa pesakit terpaksa ditinggalkan di unit rawatan rapi semasa pemindahan, manakala ramai pesakit lain dibawa sama ada oleh keluarga mereka atau oleh kakitangan perubatan, kerana ambulans tidak dapat sampai ke hospital.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik