Pendudukan tentera pengganas Israel di tanah Palestin telah mencabul hak asasi rakyat tersebut dengan merampas dan menghancurkan kawalan sumber air di negara itu sejak tahun 1967 lagi.

Baru-baru ini, pengguna aplikasi X, David Miller memaklumkan kerajaan Israel melarang rakyat Palestin menggunakan air hujan untuk kegunaan domestik dan pertanian kerana ia adalah hak milik Israel.
Advertisement
Malah, dia juga berkongsi beberapa laporan dari United Nation mengenai perkara tersebut sehingga mengundang kemarahan ramai.
“Mengikut arahan tentera Israel yang berkuat kuasa di kawasan itu, hujan adalah hak milik pihak berkuasa Israel dan dengan itu rakyat Palestin dilarang mengumpul air hujan untuk keperluan domestik atau pertanian.
“Dasar sedemikian juga telah menafikan akses komuniti kepada kemudahan air dan sanitasi, termasuk air, tandas, rangkaian kumbahan dan tangki untuk pengumpulan air hujan,” hantarannya.
Pelbagai reaksi daripada warganet mengenai perkara terbabit dan ia mengundang amarah pelbagai pihak serta menyifatkan sebagai tidak masuk akal.
Sumber: Kosmo Online