Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netanyahu Desak Rakyat Palestin Keluar Ke Negara Lain

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendesak pelaksanaan rancangan ‘penghijrahan sukarela’ penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza ke negara-negara lain.

netanyahu desak rakyat palestin keluar ke negara lain

Beliau memaklumkan perkara itu ketika sidang tertutup bersama barisan pemimpin Parti Likud yang diketuainya.

Advertisement

“Masalah kami ialah negara-negara yang sanggup menerima mereka dan kami sedang mengusahakannya,” katanya.

Malah, ahli kanan Parti Likud, Danny Danon juga berkata beberapa negara turut membangkitkan isu sama termasuk Menteri Imigresen Kanada, Marc Miller dan bekas Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley.

Tambahnya, beliau mencadangkan Israel untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi mengemaskini isu tersebut dan memastikan mana-mana penduduk Palestin yang ingin berpindah ke negara lain boleh berbuat sedemikian.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik