Baru-baru ini, seorang lelaki warga Sri Lanka mendedahkan dia mampu mendapat hasil RM8,500 dengan hanya mengemis sahaja.
Dia yang mahu dikenali sebagai Mohamed, kawasan tarikan pelancong di ibu negara menjadi lokasi tumpuan untuk meminta sedekah.
Advertisement

Memetik laporan Kosmo, lelaki tersebut ditemui ketika operasi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilakukan di sekitar Masjid India.
Tambahnya, dia mendakwa dirinya baharu sahaja tiba di negara ini bulan lalu dan menggunakan pas lawatan sosial jangka pendek untuk berniaga dan menjual batu permata.
Dia hanya menjadikan ruang legar masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur sebagai tempat untuk berteduh, meskipun tahu setiap rumah ibadat itu akan dikunci selepas selesai waktu isyak.
Dia juga merupakan sebahagian pengemis yang diselamatkan JKM dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Saya datang sini untuk berniaga sahaja, Masjid India ramai orang sebab itu saya duduk di situ, dan juga saya memang selalu pergi dari negara ke negara untuk menjual batu permata ini.
“Isteri dan anak ada di rumah (Sri Lanka), jadi buat apa saya tidur di hotel. Lebih baik tidur di masjid yang percuma dan lebih berkat,” katanya.
Lelaki berkenaan gagal membuktikan dirinya seorang peniaga dan tiada sebarang batu permata yang ditemui di dalam begnya ketika diperiksa pegawai JKM.
Namun, pegawai JKM mendapati dia menyimpan banyak wang kertas bernilai RM1 dan RM5 yang dipercayai disedekahkan oleh orang ramai.
Sumber: Kosmo Online