Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rakyat Israel Desak Benjamin Netanyahu Letak Jawatan

Penunjuk perasaan Israel berarak dan berhimpun sambil melaungkan slogan mendesak Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meletak jawatan di tengah-tengah peperangan yang semakin ganas ke atas Genting Gaza.

rakyat israel desak benjamin netanyahu letak jawatan

Mereka nekad melakukan protes tersebut di luar Knesset (Parlimen) di Baitulmaqdis pada Selasa.

Advertisement

Malah, kumpulan protes itu menyelar tindakan Netanyahu yang menggalas tanggungjawab tersebut dan menyalahkannya atas konflik yang berlarutan selama enam minggu.

“Selagi beliau pegang jawatan, ia hanya akan membahayakan kami dan anggota tentera. Netanyahu wajar berundur,” laung salah seorang penunjuk perasaan.

Kebanyakan penunjuk perasaan juga secara terang-terangan menuding jari menyalahkan Netanyahu kerana konflik Hamas-rejim Zionis yang kini memasuki fasa lebih ganas.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik