Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Raja Sehari Temui Ajal, Meninggal Dunia Ketika Majlis Perkahwinan

Seorang pengantin lelaki di negeri Punjab dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung semasa majlis perkahwinannya.

raja sehari temui ajal, meninggal dunia ketika majlis perkahwinan

Sebuah video memaparkan raja sehari itu sedang duduk di atas kerusi dalam sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di daerah Sialkot. 

Advertisement

Namun, pengantin lelaki kelihatan duduk dalam keadaan tidak selesa manakala pengantin perempuan mengira duit hantaran bersama keluarganya. 

Tetamu terkejut apabila dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di hadapan orang ramai sebelum diperiksa pengantin wanita dan keluarganya.

Menyayat hati apabila keluarga menerima berita duka yang mengesahkan bahawa pengantin lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik