Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Raja Ilya Titip Pesan, Pilih Nasihat Yang Betul Sebelum Ambil Keputusan Perceraian

raja ilya titip pesan, pilih nasihat yang betul sebelum ambil keputusan perceraianFoto: Instagram

Pelakon, Raja Ilya baru-baru ini berkongsi pandangannya tentang perceraian dan kehidupan berumah tangga di Instagram, menekankan bahawa bukan perceraian itu sendiri yang memberi kesan negatif kepada anak-anak, tetapi persekitaran yang toksik dalam rumah tangga.

Advertisement

“Kids don’t get traumatised semata-mata sebab parents divorce. They get affected bila membesar dalam toxic marriage. Bukan sebab parents argue once in a while, but bila rumah penuh tension, fear, emotional exhaustion every day,” tulisnya.

Raja Ilya menegaskan bahawa mempunyai konflik atau perbezaan pendapat di rumah adalah normal.

“Having parents argue, disagree, or have headbutts at home is normal. That’s part of marriage. That’s part of two humans learning to live together. Life is not a Bollywood or Hollywood movie. Perfect romance tak wujud,” ujarnya.

Menurutnya, perkahwinan memerlukan usaha dan kadang-kadang kerja itu sangat mencabar.

 

 

“Even the best marriages have seasons where it feels heavy, where communication breaks down, where both are tired. Lelaki dan perempuan memang wired differently.

“Cara fikir lain, cara react lain, cara process emotions pun lain. Marriage is work and sometimes it’s hard work. That’s why divorce shouldn’t be the first option,” jelasnya.

Raja Ilya turut menasihati pasangan yang keletihan dan keliru untuk menilai sumber nasihat yang mereka ikuti.

“Siapa sebenarnya kita ambil nasihat daripada? If you go to a divorce coach, naturally the advice will lead you towards divorce. A marriage counsellor, on the other hand, tries to restore, to heal, to help you understand each other again.

“Getting a third person involved is not wrong. Asking for help is not a weakness. But choosing the right help matters,” katanya.

 

 

Raja Ilya menekankan bahawa kebijaksanaan dalam memilih jalan perkahwinan atau perceraian adalah penting.

“Not all divorce is wrong. Not all divorce is right. Wisdom is knowing the difference… especially bila emosi tengah PANAS dan hati kita penat melayan…,” tulisnya lagi.

Dengan perkongsian ini, Raja Ilya menyeru pasangan untuk menilai semula perkahwinan mereka, menekankan kepentingan usaha, komunikasi, dan persekitaran yang sihat untuk kesejahteraan anak-anak dan keluarga.

Sumber: Instagram

SINAR Muzik Retro Terbaik