Foto: Instagram
Raja Azura mengambil langkah luar biasa apabila menyiarkan iklan di akhbar untuk mencari bekas suaminya, Adzmin Osman, selepas dakwaan bahawa lelaki itu tidak memberikan kerjasama dalam proses penyelesaian isu nafkah anak-anak mereka.
Advertisement
Menurut pengacara dan pelakon itu, beberapa percubaan untuk menyerahkan dokumen mahkamah secara rasmi sebelum ini gagal kerana dikatakan ditolak dan tidak mendapat sebarang maklum balas. Justeru, berdasarkan arahan mahkamah, peguamnya memohon agar penyampaian ganti dilakukan melalui pengiklanan di akhbar.
Iklan tersebut bertujuan memaklumkan kepada Adzmin mengenai tarikh sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang dijadualkan berlangsung pada 3 Disember ini. Raja Azura menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk memalukan sesiapa, sebaliknya hanya mahu isu nafkah anak-anak diselesaikan secara sah dan teratur.
“Saya bukan merayu… saya cuma mahu dia hadir,” ujarnya, menekankan bahawa penyelesaian melalui saluran undang-undang adalah pilihan paling baik tanpa perlu bersemuka yang mungkin mengundang salah faham.
Sekadar info, Raja Azura dan bekas suaminya itu berkahwin pada tahun 2001 sebelum berpisah pada 2010. Mereka mempunyai tiga orang anak yang kini menjadi tumpuan tuntutan nafkah tertunggak tersebut.
Sumber: Gempak