Foto: Instagram
Rumor keretakan rumah tangga penyanyi popular, Raisa Andriana dan aktor, Hamish Daud semakin menjadi perbualan hangat selepas netizen menyedari sesuatu yang janggal di media sosial pasangan itu.
Advertisement
Spekulasi bermula apabila netizen mendapati foto-foto ulang tahun pernikahan yang pernah dimuat naik Hamish pada September lalu kini sudah tiada di akaun Instagram miliknya.
Isu ini mula mencuri perhatian selepas akaun Instagram @dunianeti memuat naik semula foto Raisa dan Hamish dengan lagu latar “Usai Di Sini” yang merupakan lagu milik Raisa sendiri yang bercerita tentang perpisahan.
Gosip semakin kuat apabila seorang pengguna TikTok @va*en_**_02, mendakwa bahawa Raisa telah mengajukan gugatan cerai terhadap Hamish. Menurutnya, maklumat itu diperoleh daripada sumber yang dianggap boleh dipercayai.
“Ini fix banget, baru ngajuin Raisa. A1 banget nih,” tulisnya di ruangan komen.
Setakat ini, baik Raisa mahupun Hamish belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan tersebut.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga lapan tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Hingga kini, kedua-duanya memilih untuk berdiam diri di tengah spekulasi hangat yang melanda.
Sumber: Suara.com