Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Inilah Perkataan Yang Jelaskan Kenapa Netizen Mudah ‘Naik Angin’, Dinobatkan ‘Word of The Year’ oleh Oxford

inilah perkataan yang jelaskan kenapa netizen mudah ‘naik angin’, dinobatkan ‘word of the year’ oleh oxford

Foto: Oxford University Press

Advertisement

Dunia digital kita tidak pernah sunyi kerana setiap hari ada sahaja kandungan yang muncul untuk membuat orang ketawa, terhibur atau… marah tanpa sebab yang jelas. Dengan itu, Oxford University Press secara rasmi memilih istilah yang menggambarkan fenomena itu sebagai;

Perkataan Tahun 2025: ‘Rage Bait’.

Menurut Oxford, rage bait merujuk kepada kandungan dalam talian yang sengaja direka untuk mencetuskan kemarahan, rasa tidak puas hati atau rasa terhina, sama ada melalui tajuk yang memancing emosi, kenyataan separuh benar atau posting yang memang bertujuan untuk buat orang marah.

inilah perkataan yang jelaskan kenapa netizen mudah ‘naik angin’, dinobatkan ‘word of the year’ oleh oxford

Foto Hiasan

Walaupun istilah ini kedengaran seperti ciptaan TikTok era baharu, ia sebenarnya sudah wujud sejak 2002, muncul dalam perbincangan Usenet, sebuah platform forum lama sebelum media sosial mengambil alih dunia. Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaannya melonjak tiga kali ganda, menurut data Oxford.

Tidak hairanlah dengan algoritma yang gemar ‘mengangkat’ emosi paling ekstrem, kandungan yang buat orang marah selalunya lebih cepat tular berbanding kandungan yang mendamaikan jiwa.

Oxford memilih perkataan ini kerana ia menangkap suasana digital zaman sekarang iaitu dunia yang penuh reaksi cepat, komen berapi dan perdebatan yang kadang-kadang bermula hanya kerana satu ayat provokatif.

Ia juga mengalahkan calon-calon lain yang sama panas seperti biohack dan aura farming.

Pengguna hari ini kerap terperangkap dalam gelung kandungan yang memberi trigger bukan kerana mereka mahu marah, tetapi kerana algoritma tahu marah itu menghasilkan lebih banyak klik.

inilah perkataan yang jelaskan kenapa netizen mudah ‘naik angin’, dinobatkan ‘word of the year’ oleh oxford

Dan di situlah rage bait hidup subur.

Pemilihan ini menyambung kesinambungan Oxford memilih istilah yang benar-benar mencerminkan budaya Internet. Tahun lalu, perkataan yang menang ialah brain rot, istilah yang merangkum budaya obses media sehingga otak rasa berkelodak.

‘Rage bait’ bukan sekadar perkataan, ia cermin tingkah laku digital manusia zaman ini. Dunia berubah, bahasa pun ikut berputar sama. Dan tahun 2025, ingatlah bahawa

“Hati-hati dengan apa yang kamu klik… kadang-kadang ia dicipta hanya untuk buat kamu marah.”

Sumber: Oxford University Press

SINAR Muzik Retro Terbaik