Orang ramai masih lagi terkejut apabila mengalami insiden tembak-menembak yang berlaku di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, semalam.

Suspek utama akhirnya ditahan selepas insiden tembakan rambang itu dan ketika siasatan dilakukan dia mempunyai emosi yang bercelaru.
Advertisement
Menurut Ketua Polis Thailand, Torsak Sukvimol berkata, remaja tersebut mendakwa berbuat demikian selepas mendapat arahan daripada ‘seorang lagi yang berupa dirinya’.
“Dia kata ada seorang lagi dirinya yang arahkan siapa untuk ditembak. Dia merupakan pesakit mental di Hospital Rajavithi dan dia tidak lagi mengambil ubat-ubatan yang diberikan kepadanya,” katanya.
Namun, dia masih belum terjawab tentang suspek memperoleh dan mendapat akses untuk senjata api berkenaan.
Semua rakyat Malaysia bersyukur apabila tiada warganegara yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Insiden tembakan tersebut sangat menyayat hati apabila beberapa individu maut akibat tembakan rambang itu.
Sumber: Kosmo Online