Baru-baru ini, sebuah video tular di laman TikTok apabila murid perempuan mengasari rakan sekelas mereka.

Pergaduhan itu berpunca daripada murid tersebut menyebarkan gambar aib di media sosial.
Advertisement
Tindakan itu telah mendapat perhatian warganet dan keganasan di kawasan sekolah atau dimana sahaja tidak sepatutnya berlaku.
Namun, sengketa tersebut akhirnya selesai apabila kedua-dua pihak memilih untuk berdamai dan tidak mahu memanjangkan situasi lagi.
Bapa saudara Ain iaitu Mohammad Amin Aiman sendiri yang mengesahkan perdamaian tersebut bagi pihak anaknya.
“Kes dah diselesaikan cara baik. Kedua-dua pihak sudah tarik balik laporan polis dan berdamai.
“Kedua-dua pihak telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Bagi pihak saya pula, sudah cukup permohonan maaf yang telah dilakukan oleh anak saudara saya pada hari Jumaat ketika di rumahnya,” katanya.
Malah, ibu mangsa yang ditampar, Waheeda Airny Anwar yang bertindak memuat naik video di laman sosial turut membuat permohonan maaf atas kekhilafannya.
“Setelah berbincang, pihak saya dan pihak sana telah bersetuju tidak meneruskan atau memanjangkan kes tersebut.
“Pihak saya juga inginkan permohonan maaf terbuka dari pihak sana juga kerana telah mengasari anak saya sebagaimana saya sendiri meminta maaf,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online