Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Pra-Sekolah Usia 5 Tahun, Darjah 1 Umur 6 Tahun Mulai 2027..” - PM

“pra-sekolah usia 5 tahun, darjah 1 umur 6 tahun mulai 2027..” - pmFoto: Majoriti

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan bersedia untuk menetapkan kemasukan pra-sekolah bagi kanak-kanak berumur 5 tahun manakala kanak-kanak berumur 6 tahun untuk memasuki darjah 1 mulai tahun 2027.

Advertisement

Dalam pada itu, pihak kerajaan tidak merancang untuk mewajibkan penetapan tersebut berikutan ada ibu-bapa yang merasakan anak-anak mereka masih belum bersedia.

Akan tetapi, Anwar menjelaskan bahawa pihak kerajaan menggalakkan ibu bapa yang sudah bersedia untuk mendaftarkan anak berusia 5 tahun ke pra-sekolah.

Bagi ibu bapa yang memilih untuk menangguhkan, kanak-kanak masih dibenarkan memasuki darjah 1 pada usia 7 tahun.

“Maknanya tahun 2027, kita belum bersedia mewajibkan kerana mungkin ada dikalangan ibu bapa yang merasakan anak-anak mereka belum bersedia.

“Oleh kerana itu, kita tetapkan masih boleh masuk darjah 1 umur 7 tahun. Tapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia daripada sekarang supaya anak-anak yang berusia 5 tahun dapat masuk pra sekolah,” kata beliau.

Dalam masa sama, kerajaan telah melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 hari ini, yang merupakan pelan strategik pendidikan nasional merangkumi seluruh sistem pendidikan dari peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Di peringkat pendidikan tinggi, Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 akan menjadi panduan utama bagi pembangunan pendidikan tinggi negara selama 10 tahun akan datang, manakala Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 pula menjadi rujukan bagi pendidikan sekolah.

Pelaksanaan kedua-dua pelan ini secara bersepadu di bawah RPN bertujuan memastikan kesinambungan pembangunan modal insan dari peringkat awal pendidikan hingga ke peringkat tinggi.

Sumber: Siaran Langsung Astro AWANi

SINAR Muzik Retro Terbaik