Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Positif HIV Cabul Wanita Di Bazar Ramadan Ditahan

Tular aksi seorang lelaki ‘miang’ di platform TikTok pada Selasa lalu yang dilihat sengaja melanggar beberapa pengunjung wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan di Temerloh.

Saksi awam iaitu pemilik akaun TikTok bernama @zackrazbundle telah merakam perlakuan suspek dan memuat naik ke media sosial TikTok.

Advertisement

Susulan daripada itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, lelaki berusia 41 tahun itu bagaimanapun telah ditahan di bazar tersebut pada Rabu, kelmarin.

lelaki positif hiv cabul wanita di bazar ramadan ditahan

Foto: Tangkap layar TikTok

Memetik laporan Sinar Harian, tiga wanita telah tampil membuat laporan polis kerana dicabul suspek di tapak bazar terbabit.

"Tiga mangsa yang membuat laporan polis setelah klip video yang memaparkan perlakuan suspek mencabul pengunjung wanita di tapak bazar tersebut menjadi tular di media sosial TikTok setelah dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dikenali sebagai @zackrazbundle.

"Mangsa pertama berusia 26 tahun melaporkan telah dicabul oleh suspek pada 6 Mac manakala mangsa kedua berusia dan ketiga, masing-masing berusia 23 dan 27 tahun pula pada Isnin lalu," katanya dalam kenyataan pada Khamis, hari ini.

lelaki positif hiv cabul wanita di bazar ramadan ditahan

Foto: Tangkap layar TikTok

Dalam pada itu, Mazlan memberitahu kesemua mangsa menyatakan dicabul semasa berjalan kaki bagi membeli juadah berbuka, suspek secara kasar telah melanggar badan dengan sengaja seterusnya menyentuh dada dan punggung mereka menggunakan tangan.

"Suspek yang juga merupakan seorang penganggur mengakui terlibat dalam kes yang disiasat. Modus operandi adalah berjalan kaki dan dengan sengaja melanggar badan mangsa serta menyentuh bahagian badan," tambah beliau.

Suspek yang juga penghidap HIV positif sejak 13 tahun lalu turut difahamkan, memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

 

Sumber: Sinar Harian, TikTok @zackrazbundle

SINAR Muzik Retro Terbaik