Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Thailand Guna Bahasa Melayu Beri Peringatan Pelancong Malaysia Bawa Lesen Memandu Fizikal

Lands-P-3.png

Apabila tiba musim perayaan atau cuti sekolah, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk bercuti ke negara jiran iaitu Thailand.

Advertisement

Baru-baru ini, banyak pelancong dari Malaysia yang membawa masuk kenderaan peribadi untuk masuk ke Thailand sehingga perkara ini mendapat perhatian polis di sana.

Menerusi salah satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang polis Thailand di Tiktoknya iaitu dadunayu.thai, beliau gigih menjelaskan tentang pentingnya membawa lesen memandu ketika hendak memasuki Thailand.

Namun yang menariknya beliau menggunakan Bahasa Melayu, dialek Kelantan, dalam video yang dimuat naik berkenaan.

Perkara ini telah mendapatkan perhatian dan pujian daripada rakyat Malaysia terutamanya warganet kerana kegigihan beliau berbahasa Melayu ketika menjelaskan tentang kepentingan membawa lesen memandu fizikal ketika membawa masuk kenderaan Malaysia ke Thailand. 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik