Seorang wanita yang tular di media sosial apabila mencuri rantai emas kanak-kanak di sebuah karnival di Shah Alam, Sabtu lalu mengaku tidak bersalah.

Malah, dia juga ditahan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis atas pertuduhan mencuri.
Advertisement
Nor Zannah Andi Baso membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Nur Faizah Abdul Sani.
Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa mencuri rantai emas milik anak saudara seorang wanita berusia 26 tahun, di tapak karnival itu Stadium Shah Alam, di sini pada jam 5.39 petang, Sabtu lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa mencadangkan tertuduh diberi diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam, Oon Guo Chen yang mewakili ibu kepada seorang anak itu, merayu agar kadar ikat jamin tersebut dikurangkan kerana dia baharu sahaja melahirkan bayi perempuannya, tiga bulan lalu.
Sumber: Sinar Harian